Saturday, May 8, 2010

Kawan lama tak jumpa.

kring-kring...

kring-kring...

Gua tengok nombor yang tak dikenali.

"Helo?"

"Wei bro, ru surah sampai mana?"

Gua masih tak berapa cam dengan pelat ala-ala Jepun mamat yang telipon gua tu.

"Siapa ni?", musykil.

"Ru surah tak ingat sama gua ka bro?", nadanya macam hampa.

"Oki?", gua teka-teka saja.

"Hahaha ya bro ya! Ru masih ingat sama gua...", pulak gua dengar suara Oki macam sebak-sebak gembira.

Gua masih rilek. Lama juga tak jumpa Oki.

"Bro, gua tau ru punya birthday hari Isnin, itu pasal gua gua datang inni harriii mau cerebrate sama rruuuu!"

"Okeh, lu tunggu gua kat sana Oki. Gua dah on the way, lagi seploh menit gua sampei."

"Gua caya sama rruuuu!" Oki jerit ala-ala David Arumugam punya 'trimaseyyy!' yang merupakan kegilaan Oki sejak kecil.

Gua sentuh skrin iPhone gua untuk memotong perbualan.

"Siapa tu?", tanya Shaq, sepupu gua.

"Oki, kawan lama gua."

Suasana dalam kereta Shaq kembali hening.

*******

Suasana sangat gamat. Beribu manusia macam-macam fesyen ada. Semua demi melihat kehebatan Oki di atas pentas.

Gua nampak kelibat seorang mamat berambut panjang, berbaju tanpa lengan, seluar hitam ketat dan kasut hi-top yang agak ranggi naik pentas.

Jeritan manusia-manusia ini makin galak bagai kena rasuk pontianak bila kelibat Oki muncul di atas pentas.

Oki! Oki! Oki! Oki! Oki!

Gua sengih sorang-sorang. Tak sangka lu dah semakin ramai peminat Oki. Tak sia-sia lu lari rumah, merantau sampai ke negara penjajah, akhirnya lu berjaya juga cipta nama.

*******

Jam Nixon yang dah lama gua tak pakai sebab tunggu nak ganti tali dia sikit punya lama menunjukkan hampir tiga pagi.

Nak kena chow ni, gua agak.

"Shaq, gua nak turun bawah kejap, nak jumpa kawan gua. Lepas tu kita chow, oke?"

Shaq angguk sambil tunjuk tanda 'ibu jari ke atas'.

Gua jalan perlahan dalam kegelapan yang bersilih ganti lampu perbagai warna, menuju ke arah pentas, gelanggang Oki menunjuk taring.

Gua pandang tepat ke arah Oki bila gua dah berada betul-betul di depan pentas.

"OKI!!!" jerit gua, mencuba menenggelamkan jeritan hiruk-pikuk ribuan yang lain.

Oki tersentap, semacam terdengar satu suara yang amat familiar. Oki terus menoleh ke kanannya.

Tanpa berlengah, Oki terus meluru ke arah gua.

"BRRROOOO!!!" Jerit Oki sambil memegang mikrofon. Satu dewan bergema. Yang lain makin dirasuk.

"Rama gua tarak jumpa sama rruuu! Ru apa khabarrrr??!", sambil dia menghulur tangan kepada gua, minta berjabat.

Gua sambut huluran salam Oki, kawan lama gua.

"Baguslah Oki, lu sudah berjaya. Gua tumpang gembira.", gua terpaksa jerit sebab bising sangat.

"Tapi karau bukan kerana nasihat dan sokongan ru, gua takkan berjaya sampai sekarang..."

"A man makes his own destiny, Oki."

"Thank you bro.", kata Oki sambil tahan airmata daripada meleleh.

Oki pusing ke kiri dan terus sapu bawah mata, cover line daripada dilihat oleh peminat-peminat lain.

"I'M IN THE HOUSE!", Oki laungkan dan terus melambai tangan kepada peminat yang fanatik.

Gua pusing, terus chow.



Dem yuh!

No comments:

 
web count
web count