Thursday, March 18, 2010

Dilema bertudung.

Aza menggeliat sepuas-puasnya. Nasib baik tiada siapa nampak cara Aza menggeliat. Boleh jatuh sahamnya.

Tiba-tiba Aza teringat kisah semalam. Airmatanya terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih, "Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Kenapa daddy tak benarkan?"

Buat pengetahuan semua, bapa atau daddy Aza ini jenis orang yang sangat sibuk, tapi bukan penyibuk. Businessman, haruslah sentiasa sibuk. Ibu Aza atau lebih manja dipanggil mummy sudah tiada, kembali ke Rahmatullah lama dahulu. Sungguh pilu dan menyedihkan.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjelus di celah-celah langsir tingkap. Jam sudah menanjak 11.00 pagi. Perut Aza mula berbunyi, terasa lapar.

Aza bangun mencapai tuala, masuk ke bilik mandi.

Selepas mandi, Aza membelek-belek tubuhnya di cermin, "Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku tak peduli! Aku akan protes habis-habisan kalau daddy tak kasi juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantaklah dengan ahli keluarga aku yang lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!", getas hati Aza. Dia nekad.

Aza turun ke bawah. Baru saja dia hendak membuka tudung saji di atas meja, terdengar bunyi kereta memasuki garaj. Aza menjenguk melalui tingkap dan nampak daddy-nya balik, "Aikkkk, apahal daddy balik awal hari ni???"

Dalam masa yang sama, Aza merasakan inilah masa yang terbaik untuk mendesak daddy-nya supaya membenarkan Aza memakai tudung. Now or never!

Bila daddy membuka pintu, Aza bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, Aza membuka mulut, "Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"


Daddy terus jegil mata sebesar-besarnya. Macam ada api keluar!

Panggggggggggggggggggg!

Daddy hayun penampar ke muka Aza! Tersepuk Aza di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... Sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abang tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....!

Daddy labuh pelempang ke muka Aza sekali lagi sebelum dia sempat menghabiskan ayat.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "RAZALI", tup tup lekat jadi AZA saja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!"

Aza yang tersepuk di celah sofa, terus menangis tersedu-sedu. Sudahlah sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat juga.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO TIDAKKKKKKKKKK!

***

Cilakak betul!

3 comments:

Anonymous said...

hahahahahahahaha
suspen at first, ended up laughing my ass off.

lawak wey.

Nikeda said...

funny, i like.. :)

Budak Nakal said...

Anonymous & Nikeda:

TIDAKKKKKKKKK!!!

 
web count
web count