Tuesday, February 15, 2011

Valentine's?

Setiap tahun masuk bulan Februari isu Valentine's Day mesti jadi modal basi banyak pihak. Bosan nak dengar. Tapi sebab dah hari-hari dengar benda sama gua rasa nak berkata-kata sikit.

Malas nak cerita sejarah pasal Saint Valentine yang mati/kena bunuh apa bagai. Itu mengarut. Tambahan, kalau di 'Wiki' perihal Valentine's Day ini pun tak ada bukti kukuh ia berkait rapat dengan cerita-cerita karut yang kita dengar sebelum-sebelum ini.

Beberapa persialan yang gua nak hujahkan (bukan typo walaupun huruf 'I' dan 'O' masing-masing bersebelahan)

1. Golongan Pertama: Ekstremis

a. Golongan ni memang berotak delusional serta negatif yang kronik. Dia saja yang betul, yang salah semuanya orang lain. Dia ingat dia maksum macam Nabi S.A.W.
b. Dia ingat dia pandai sangat. Benda yang dia tak suka dia cakap HARAM, yang dia suka semua jadi HALAL.
c. Khutbah Jumaat patut utamakan benda yang lebih penting i.e Maulidur Rasul, ini sibuk nak masuk spotlight cerita Valentine's Day. Fokus tak betul.
d. Bila berdebat memang pantang kalah. Bila disuruh cerita sejarah Valentine's Day, ada berpuluh versi. Maksudnya ilmu belum cukup tinggi, dan terlalu percaya khabar angin dan bukti sejarah yang lemah. Kalau nak buktikan sesuatu itu salah atau tidak bermoral, tunjukkan bukti secara konkrit.
d. Macam tu haramkanlah sambutan Hari Raya, pasal Nabi S.A.W tak ajar bagi angpau, beli baju mahal-mahal, ziarah kubur setahun sekali. Tabur bunga atas kubur tu ajaran Islam ke?
e. Sibuk sangat nak betulkan orang lain. Macam tu haramkanlah orang pergi tengok wayang, pasal hal remaja dan orang tua pergi beromen dalam panggung tu dah berpuluh tahun dah.
f. Habis tu bila Hari Pahlawan, kita boleh pula sambut? Buat perarakan, pergi kubur menangis semua? Buat tugu kasi orang sembah?
g. Sambutan Tahun Baru, ikut budaya mana? Pergi lah lawan semua sambutan. Jangan berat sebelah.
h. Habis orang yang jual bunga ros, cokelat, kad ucapan pun kira haram lah?
i. Kalau sambutan Hari Thaipusam, penganut Hindu berarak di Batu Caves, siapa yang jaga trafik? Takkan orang Hindu juga? Mesti ada orang Islam kawal trafik juga kan? Itu kira haram ke? Maksudnya kita menyokong upacara keagamaan agama lain ke?
j. Kalau waktu umat Islam solat Jumaat, boleh pula anggota polis atau RELA penganut agama Hindu dan Buddha yang tolong kawal lalu lintas? Boleh pula?
k. Nampak macam tak relevan, tapi persoalannya ialah, apakah garis panduan kita menentukan soal halal-haram ni? Takkan hanya sebab sakit mata dan rasa pahit tengok remaja-remaja keluar beramai-ramai di bandar sempena Valentine's Day dah dikira jatuh hukum haram?
l. Habis tu kau janganlah keluar, jangan pergi dinner dengan bini kau kat luar, kurung diri dalam rumah, jangan tengok TV, jangan makan cokelat, jangan siram bunga. Itu semua haram.
m. Kepada tuan kedai runcit ekstremis, jangan jual cokelat, kad ucapan atau bunga kepada siapa-siapa pun hari ni. Itu juga kira subahat. Haram.

2. Golongan Kedua: Jahiliah

a. Ini golongan yang lagi hampeh, perangai sensitif tak beragak. EQ rendah. Kerja dia hanya tau nak kondem golongan ekstremis saja.
b. Lagi lahanat daripada golongan ekstremis. Benda yang tak berfaedah nak diagung-agungkan.
c. Majlis Fatwa Kebangsaan yang diwakili cendekiawan Islam (harap-harap tak makan cendawan ajaib) dah buat keputusan, yang kau nak melatah buat apa? Tak ada perasaan hormat kepada sebuah institusi yang bertauliah.
d. Benda sambutan Valentine's ni memang menghabiskan duit dan selalu terbabas, mengaku sajalah.
e. Kalau kau kemaruk sangat nak beli bunga, cokelat, dinner bayar dua kali ganda, kau buat lah, tapi tak payah nak bising-bising. Nak impress awek tak kena tempat, immature.
f. Kalau kau ketagih sangat nak sambut Valentine's, tak payah lah nak menyalak-nyalak. Ganja tu haram kan? Hisap diam-diam sudahlah, kau nak satu dunia tau ke?
g. Tanggungjawab seorang Islam mengikut hukum agama yang berlandaskan Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas. Kalau rasa-rasa tak tahu, pergilah belajar. Kalau malas, diam sudahlah.
h. Kalau susah sangat, buka buku sejarah, cari satu peristiwa yang menarik, buat hari baru yang lebih spesel daripada Valentine's.
i. Takkan kau orang tak sedar kau jadi mangsa Kempen Pemasaran (marketing gimmick) atau mangsa permainan ekonomi Kapitalis? Ini bukan isu sambutan Kristian, ini isu perang psaikologi golongan kapitalis untuk mengaut keuntungan atas kebongokan orang-orang yang jahil. Dan juga misi menguasai dunia oleh golongan Illuminati.

3. Golongan Ketiga: Kafir

a. Ini paling tak ada guna dalam isu ini. Masalah agama orang lain, dia pula nak jadi hero.
b. Memperlekehkan keputusan dalaman agama orang lain. Kau bakar duit kertas, kereta kertas semua masa nenek kau mati, ada orang lain nak kritik? Duit kau, itu kau punya pasal lah, betul?
c. Ini semua isu Islamophobia. Orang Islam nak pakai hijab, kau suruh buka. Habis si Bai tu pakai sanggul kat kepala tu tak ada pun orang lain kompelin. Kalau ada kes bom, mesti Islam. Tak ada ke golongan ekstremis agama lain yang kaki bom orang lain?
d. Kau tau tak babi tu banyak kuman? Tau pun, tak ada pun orang nak halang kau makan. See what I mean?
e. Kau sebenarnya bengang pasal boyfriend kau Muslim, kau pula agama lain. Orang lain pergi celebrate, boyfriend kau takut nak keluar.
f. Kau bengang pasal bisnes kau mungkin terjejas.
g. Tolonglah, jangan nak menyibuk isu dalaman agama orang lain. It shows that you have a bunch of your own goddamn problems but have no brain to solve it.

"Saya ini pun bukan sempurna, tapi saya tahu. Dosa dan pahalaku Tuhan saja, Tuhan saja yang tahu. Tuhan saja yang tahu. Tuhan saja yang tahu."

- Posted using BlogPress from my iPhone.

DEM YUH!

No comments:

 
web count
web count