Wednesday, May 6, 2009

Veni, Vidi, Vici.


Malam tadi gua dah tidur dulu, sebab makan ubat batuk Cap Kepala Lutut Unta yang sungguh mengkhayalkan. Tambah pulak dengan Polaramine 2mG (Perhatian: Ubat ini boleh menyebabkan mengantuk. Jangan membawa kenderaan), Budenase AQ (Budesonide Aqueous Nasal Spray) untuk masalah pernafasan hiperventilasi gua serta minyak Bio-Oil (minyak ini mengandungi bahan-bahan yang aktif seperti vitamin A dan E serta gabungan minyak tumbuhan asli seperti Lavender ape benda, Kalendula bukan cerita Caligula, Rosemary bukan Bloody Mary dan Kamomil bukan Farid Kamil okay) yang gua sedang apply sekitar muka untuk merawat kesan-kesan degil parut jerawat konkrit yang lampau, memang jangan harap gua boleh bangun sendiri. Gua minta Ami tolong kejutkan gua dari tidur jam 2.30 pagi.

Ami kejutkan gua seperti yang dijanjikan. Ami memang berpegang pada janji, walaupun masa kat sekolah dulu dia dinamakan Snake. Sendiri mau ingat lah. Mungkin dia Snake bab lain contohnya bab menipu cikgu atau hero bab fly atau Snake kepada kaum-kaum wanita. Itu lu orang kena tanya dia sendiri. Gua tak nak gosip liar.


Bila Ami kejut gua agak-agak jam 2.35 pagi, gua masih dalam khayal. Gua surrender. Tapi 5 minit selepas tu, Ami datang lagi sekali dia ckp,"Woi bangun ass, GOL!". Untuk pengetahuan anda semua, panggilan "ass" atau dalam bahasa Malaysia ialah "bontot" merupakan panggilan am kami terhadap kawan-kawan. Seperti mana orang lain memanggil yang lainnya 'bro' atau 'bai' atau 'dude' atau apa saja, 'ass' ini lebih mesra kerana sekali-sekala panggilan itu disusuli dengan spank pada bontot, lebih mesra dan romantik bukan? Terima kasih kepada John si Syaitan Bertopengkan Manusia yang memulakan panggilan 'ass' ini.


Sambung cerita, Ami kejut gua dia cakap GOL. Gua komfem ingat dia tipu saja nak suruh gua bangun. Tapi riak muka dia menunjukkan yang sebaliknya. Terpancar di muka dia yang tak berapa nak cerah itu, seolah-olah cahaya keinsafan + kepuasan + kegembiraan. Gua yang otak pun tak stabil lagi, teru lompat dari tilam dosa gua dan terhuyung-hayang keluar bilik.


BETUL!


Pa-wer Ji-Sung. Minit 7.


Gua dah gembira lah, tapi masih skeptik mungkin Arse-anal akan berhenti jadi gay dan main betul-betul. Baru gua nak adjust posisi gua atas sofa, gua ternampak keindahan terpancar dari kaca TV.


GOLL!!!!


Cristiano Ronaldo. Minit 10.


Lepas tu gua cakap kat Ami, gua tengah drowsy lagi. Effect ubat-ubat masih menggeletek otak gua. Jadi gua akan tidur dan bangun berselang-seli ikut kesedapan
effect ubat tersebut.

Half time
. Mungkin Red Devils akan main defensive sikit ke, acah-acah Gunners ke lepas ni. Gua agak-agak saja.


Gua tertidur lagi. Effect ubat ni memang agak holy. Malam esok gua nak layan Barca-Chelsea pun mesti jadi benda yang sama.


GOLLL!!!


Ronaldo lagi. Minit 60.


Sealed the deal with a flying kiss
. Gua dah tak tahan kepala goyang, gua masuk sambung tidur. Bangun online, tengok 3-1 (van Persie, 75') dan tumpang kesian dekat Fletcher kena kad merah. Itu lah siapa suruh nyanyi tak masuk key. Kan dah kena reject dengan Ajai.

Kepada sesiapa yang berkenaan, belajarlah menerima kekalahan serta realiti kehidupan. Tak guna nak masuk kelab ABU (Anything But United), tolonglah hidup ada pendirian, jangan jadi lalang. Tak kisah kalau lu nak sokong Stoke City ke WBA ke gua masih respek sama lu. Jadilah positif sikit dalam hidup, jangan hidup nak benci semua benda. The world does not revolve around you.


Rome, here we come.
Forza, Red Devils!

Veni Vidi Vici
.


Dem yuh!

No comments:

 
web count
web count