Hati rasa tak sedap betul. Macam sesuatu... Gua terus belek jam Nixon di tangan kiri, 2.04 pagi. Masih awal lagi.
Tak senang duduk. Tak senang berdiri. Ke hulu. Ke hilir. Ruang tamu rasa macam kecil saja. Baru lapan langkah, dah sampai balkoni. Ape kejadah rumah sekarang kecil-kecil... Zaman dulu siap boleh sesat lagi nak cari bilik air. Sekarang bilik tidur gua tu lagi kecil dari jamban rumah kat kampung gua.
Rasa-rasa gua, dah lama gua tak berperasaan macam ni. Gua cuba sekat. Tak mahu terlalu bermain-main dengan perasaan. Organ-organ dalam badan semacam bergerak-gerak. Pankreas dan hati semacam sedang bertumbuk bertendang. Lu orang mesti boleh faham perasaan yang gua rasa ni kan?
Gua lihat dia terlentang depan mata gua. Masih bertutup badan. Pandangan dia sungguh mengancam, rasa macam nak robek-robek saja pakaian yang melapik badannya.
Jangan!
Gua cuba perlahan-lahan tolak perasaan tu. Ini mesti fling saja ni. Dah lama gua cuba tak mendorong perasaan gua ke arah itu. Puas tu memang puas, tapi selalunya memudaratkan gua. Bukan apa, gua dah bergelumang dengan benda-benda macam ni dari kecil lagi. Dah masak sungguh dengan kesan dan akibatnya. Tapi lumrah manusia, degil. Benda yang boleh menyakitkan badan lah yang dikejar-kejar.
Gua cintan ke ni? Cintan asli atau cintan palsu? Susah gua nak pastikan, dah lama gua tak rasa macam ni. Betul ke perasaan ni? Nak ikut akal atau nak ikut perasaan? Ikut perasaan memang best lah, benda lama tak dapat. Nak ikut akal pula sakit sikit lah. Orang tua-tua cakap, ikut hati mati, ikut nafsu lesu.
Gua pandang kali terakhir, cuba menjadi rasional. Akhirnya gua tak tahan dengan dugaan dan godaan hati dan nafsu. Alah, salah ke gua nak jadi normal macam orang lain, bergelumang dengan perkara-perkara macam ni? Memang lah orang kata easy come, easy go. Tapi dah lewat-lewat malam macam ni, nafsu memang mebuak-buak lah.
Gua nekad. Tak nak buang masa. gua melangkah perlahan, sedikit berat tapi masih nekad. Gua perhati saja dia yang terbaring, seakan tidak bergerak. Gua sentuh dia lembut. Sentiasa jadi manusia yang berlembut, teringat kata-kata ibu.
Jangan fikir panjang lagi, koyakkan saja pakaian itu!, getas setan dalam hati. Sial! Memang kuat godaan ni.
Ahh! Pergi mampus lah! Gua tak peduli dah. Gua koyakkan pakaian dia. Lantas gua lucutkan semua. Tiada apa lagi yang menutup. Kulit dia cantik, bersih kekuningan.
Maafkan gua. Gua pun tak tahu ini perasaan cintan asli atau cintan palsu. Yang gua pasti, gua perlu mamah dia secukupnya malam ini.
Segalanya dah terbentang depan mata, apa lagi?, setan sekali lagi berbisik. Jahanam, bulan Ramadhan pun setan dalam diri ada lagi.
Gua terlanjur juga akhirnya. Berpeluh juga. Puas? Tak pasti. Bagai tersepit di antara puas dan kesal. Gua rasa tak perlulah gua ceritakan lebih lanjut. Cukuplah lu orang boleh bayangkan apa yang berlaku.

Sebelum gua lucutkan segalanya dari badan dia yang cantik kekuningan itu.
Habis licin gua sedut segala khasiat itu

Dem yuh!
No comments:
Post a Comment