Seorang lagi teman: Mungkin terlalu awal untuk si dia mencintai kamu, seperti mana kamu mencintainya.
Seorang lagi: Jangan terlalu gopoh. Tak mahu pisang berbuah dua kali.
Kata si Dia: Saya menyukai kamu, tetapi hanya sebagai seorang kawan.
Ahh! Persetan. Orang macam aku memang tak layak, aku dah tahu tak perlu diingatkan. Terlalu awal? Nak aku tunggu berapa lama? Nak aku tunjuk banyak mana? Gopoh? Senanglah kau berkata, kau tu dah nak kahwin hujung tahun ni. Suka sebagai kawan? Tidakkah kau cuba lihat guna hati kau, yang kemampuan aku lebih daripada itu?
Macam-macam lah semua orang nak berkata. Memang susah menemui cinta sejati. Dan jika si dia tidak nampak semua itu, tak perlu lah aku susah-susah nak tunjuk. Aku hendak kau cinta aku sebab aku, sebab kejujuran aku, sebab aku nak jadi sebahagian dari hidupmu. Sebab aku nak hidup sampai tua dengan kau. Sebab aku hendak kongsi suka duka, susah senang dengan kau. Aku tau aku tak punya harta, aku tak punya rupa, tapi jika itu yang kau mahu, kau bercinta lah dengan Ryan Reynolds. Kalau kau cantik sangat macam Scarlet Johanssen. Tak pun kau bercinta lah dengan Sultan Hassanal Bolkiah. Kalau muka kau selalu masuk televisyen.
Aku ingat lagi aku pernah jatuh cinta dengan seorang gadis ini. Aku nampak dia, aku terus jatuh cinta. Aku beritahu dia yang aku tak henti fikirkannya. Lantas dia ucap yang sama. Dia juga tidak pasti mengapa, mungkin kerana nampak kejujuran aku. Tidaklah bermaksud aku ini orang yang jujur, kadangkala aku pusing juga. Orang kata (tak habis-habis mendengar orang kata) kalau terlalu senang mendapat cinta, terlalu senang juga melepaskannya. Mungkin juga, tapi bukan aku (teringat lagu Kerispatih - Tapi Bukan Aku. Sering aku laungkan di KTV Ampang Park).

Bagi aku, jika kau suka aku atau kau cinta aku sebab lama kau perhatikan aku, uji aku sana sini, selidik aku luar dalam, hilang segala elemen surprise itu. Jadi aku suka bila aku jatuh cinta (ini pula lagu Nidji - Bila Aku Jatuh Cinta. Hanya ada di KTV RedBox sekitar Lembah Klang) tanpa apa-apa kondisi. Love someone unconditionally.
Cuba bayangkan bila kamu jatuh dalam longkang secara tiba-tiba semasa berjalan dalam gelap. Bukankah ada elemen surprise di situ? Kepala bengkak, lutut koyak, hilang punca seketika. Impak daripada kemalangan itu akan memberi kesan, bercampur gaul pelbagai perasaan. Sama juga bila kita accidentally fall in love (ini lagu Counting Crows - Accidentally In Love. Sangat best. Anak buah saya Jasmin Jefry yang berusia 5 tahun juga hafal lagu ini), perasaan itu sungguh pantas. Adrenaline rush. Rasa seperti fantasi.
Ahh! Tak perlu lah aku susah payah nak terangkan rupa gambar perasaan itu, hanya kerana aku mahu kamu semua nampak apa yang aku nampak, rasa apa yang aku rasa. Kamu hanya akan tahu bila rasaku ini rasamu (Kerispatih - Bila Rasaku Ini Rasamu. Single terbaru).
Dem yuh!