Wednesday, April 14, 2010

Kotak yang sejuk

Gila lama gua tak memasak. Sebelum ni memang leceh sebab gua tak ada storage system yang bagus, jadi bahan-bahan mentah yang gua beli tak boleh tahan lama. Kena masak itu jam juga, kalau tidak nanti busuk. Mudahnya: TAK ADA PETI SEJUK.

Jadi bulan lepas setelah mengikat perut dan peras ugut orang sekeliling gua, berjaya lah juga gua sambar sepeti kotak sejuk. Jadi biasa lah, perasaan nak memasak datang balik. Macam orang angau tengah hangat bercinta; hari-hari gua belek fridge tu, hari-hari gua lap tak kasi kotor, hari-hari gua menatang minyak yang penuh. Yang paling best, hari-hari ada air sedap. Kalau nak tau, tunggu nanti gua buat parti minum-minum.

Tak dapat Evo 10, yang ini pun jadi lah...

Kebetulan (atau bukan) sekarang dah tengah bulan, gua sudah sengkek. Apa lagi, malam semalam merupakan peluang terbaik gua untuk masak dinner.

Hasilnya selepas sejam berpeluh bertenaga dengan senduk dan kuali gua berasmara:


Amacam, nampak ngam tak?


Dem yuh!

1 comment:

*Ckalu* said...

thank you very much! love to see this morning the mail in my inbox! a hug! I'll upload it to my blog, right away, so I hope your comment!

 
web count
web count