Sunday, December 27, 2009

Mati hidup kembali.

Gua pun tak pasti sekarang ni gua dah semakin malas nak berfikir ataupun gua semakin malas nak berfikir.

Letih lah asyik nak berfikir.

Cuba lu orang baca tajuk entri gua. Mati hidup kembali. Apa kelancau tu? Itu tajuk lagu Butterfingers daripada album terbaru diaorang, Kembali. Senang saja cerita gua, gua nak post lagu ni kat sini, sebab gua rasa lagu ni bagus, meremang juga gua dengar lagu ni, dia ada spirit. Video dia memang sangat best lah, tak payah cerita, lu tengoklah sendiri!



Tapi tiba-tiba gua rasa macam nak sambung menulis pula. Tadi idea dah kering, sekarang macam ter-nostalgia pula teringat bibit-bibit intimasi gua dengan Butterfingers.

Butterfingers memang kenangan gua yang cukup klasik. Gua rasa selamat untuk mengaku yang Butterfingers merupakan pasukan pancaragam gitar berirama rosak yang gua paling suka. Kiranya nanti bila gua sudah jadi Top 40 Under 40, majalah Forbes atau Time interview gua, dia tanya, "Who are your all-time feveret music influence?" gua dengan selamba tutup mata sambil menguap depan laptop akan bisik, "Butterfingers."

Detik perkenalan gua: Mula-mula gua dengar band ni punya lagu masa gua Tingkatan 1 dulu. Masa tu siapa pun tak kenal band ni apa benda. Gua bukan mahu bongkak bro, sebab cousins gua yang bersama-sama menaikkan Butterfingers di awal percubaan diaorang membawa kelainan dalam industri musik. Cousins gua jugalah yang bawa poster "1.2 Milligrams" balik kampung masa malam Raya tahun 1996. Gua tengok, poster warna purple, ada tulis "Selamat Hari Raya" dan siap ada signature dari Loque, Emmet, Kadak dan Kalai. Gua memang haram tak tahu apa masa tu, gua masih dengar Di Alam Fana Cinta (gua tak ingat band apa ni). Itu jam memang tak teruja langsung dengan Butterfingers. Nama band dah macam makanan bijirin sarapan. Ye lah, macam Honey Stars, Koko Crunch, Butterfingers. Kan? Kan?

Masa tu gua di Tingkatan 1. Gua dapat masuk asrama, macam bagus lah. Gua pun bawalah kaset Butterfingers ni balik asrama, bajet nak layan pakai walkman masa nak tidur (kan gua dah cakap itu jam gua layan di alam fana cintaaaaa, engkau pula berdustaaaa....). Tup tup gua pasang, mak aih ini dah macam Nirvana ni. Hampeh!

Tapi gua layankan juga. Habis satu album. Gua tiba-tiba rasa macam terbuka minda. Gua tiba-tiba juga rasa lagu di alam fana cintaaa, engkau pula berdustaaa tu dah macam lagu Kain Pelikat nyanyian Anuar (baru sekarang saja dia letak 'Zain' kat belakang nama dia, tumpang populariti kakak dia lah kononnya). Tidakkk!

Gua pun share lah kaset ni dengan kawan-kawan geng jamming gua. Hasilnya? Sampai jahanam kaset gua semua orang pinjam. Lahanat semua kedekut taknak beli kaset baru. Tapi gua puas hati. Gua sangat puas hati walaupun kaset gua rosak, tapi fenomena Butterfingers telah menyebabkan ramai budak kat asrama gua yang tangan bangku mula menyertai revolusi bermain gitar. Walaupun mereka ini mula belajar main gitar lagu Korie & Ella - Pergilah Sayang (lagu standard bagi tangan-tangan bangku sekalian), mereka ini sebenarnya secara tidak langsung ter-inspirasi daripada gelombang Butterfingers. Nak mula belajar dengan lagu Butterfingers memang nak mampus lah. Susah bai. Gua? Gua punya first song belajar gitar lagu Hotel California bai, mana main lagu Korie, gua standard world class, tak boleh kalah. Susah memang susah sampai terleleh airmata nak memicit kord-kord tu. Tapi sekali-sekala pergi karaoke gua belasah juga lagu Pergilah Sayang tu. Biasalah, hati kaca.

Nak dipendekkan cerita (sebab kalau gua nak tulis sampai habis kisah intimasi gua dengan Butterfingers memang melalut sampai ke laut nanti, macam tengok budak-budak Malaysia main bolasepak) sepanjang karier Butterfingers, apa yang gua nampak ialah proses kematangan mereka membikin musik. Daripada 1.2 Milligrams, Butter Worth Pushful, Trancendence, Malayneum, Selamat Tinggal Dunia dan Kembali, serta empat album kompilasi kalau gua tak salah, Butterfingers sememangnya sebuah band legend yang peminat-peminat lagu rock dan indie kenal sebagai Butter sound.

Kalau nak tahu sikit-sikit lagi pasal Butterfingers, moh kita Wiki depa. Klik SINI.

Malas gua nak letak gambar. Cari sendiri.

*******
Who are your all-time feveret music influence?

Butterfingers.


Padu!

No comments:

 
web count
web count