Sunday, December 14, 2008

Lelaki Masa Kini Semakin Menjelikkan?

Bersedia...

Hai. Kali ini saya nak bercerita sedikit mengenai satu kisah yang tak begitu penting, tapi sedikit sebanyak mungkin menghiburkan untuk difikirkan.

Pada suatu hari yang agak biasa, saya terlibat dalam satu conversation dengan seorang kawan wanita (hanya teman, saya masih single huahuahua). Sedang perbualan agak rancak, terbit satu cerita mengenai si wanita ini (saya namakan dia Y - bukan nama sebenar) yang pernah mendapat perhatian seorang lelaki yang baru dikenali (dikenali dengan nama si A - juga bukan nama sebenar). Lelaki ini mungkin agak agresif dalam memulakan perbualan seperti memegang bahu, menggunakan ayat-ayat pancing dan sebagainya. Ada beberapa lagi teknik yang digunakan oleh si A, mungkin untuk menunjukkan minatnya pada si Y. Lantas si Y terus melabel si A seorang lelaki yang menjelikkan atau mudahnya annoying.

"Annoying? Mengapa?" soal saya. Hujah si Y, lelaki masa kini (walaupun bukan semua lelaki kerana saya juga seorang lelaki) semakin menganggap wanita hanya objek dan senang dirapati. "Too easy to get", tambah si Y. Maka bertambahlah persoalan saya (hanya di dalam hati) mengenai isu yang ditimbulkan oleh si Y.


Persoalan yang timbul:

1. BENAR atau TIDAK rata-rata wanita menganggap lelaki zaman sekarang semakin annoying dan menganggap wanita itu too easy to get?
Mungkin wanita itu (sama ada si Y ataupun sesiapa wanita) pernah melalui pengalaman yang similar seperti perbualan saya tadi lalu dia pun terus justify lelaki secara amnya sebagai jelik. Ada yang setuju dan tak kurang pula yang membantah. Menurut seorang kawan,"A stranger is just another friend." Apa kata anda?

2. Wanita itu sendiri yang "playing too hard to get"?
Wanita, sedar atau tidak (selalunya tidak - jangan marah) secara semulajadi akan menganggap seseorang lelaki itu cuba 'merapati' dirinya secara santai, tidak formal dan agak agresif (memang itu lumrah lelaki, bukan?). Padahal mereka (wanita) itu mungkin meletakkan standard yang tinggi terhadap dirinya sendiri apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Tidak salah untuk berasa yakin dengan diri sendiri, tapi mungkin sahaja syok sendiri. Mungkin.

3. Wanita tidak mahu dilabel sebagai 'murahan'?
Saya tak nafikan yang point ini memang benar kerana saya juga sebagai seorang gentleman (wah wah wah masuk bakul angkat sendiri di situ...) sangat menghormati wanita dan tidak menganggap mereka sebagai objek atau mainan. "Women want guys to respect them the way they want them to", kata seorang lagi kawan wanita baru-baru ini. Gurauan yang berbatas, tiada body contacts yang tidak disenangi dan hanya berbual sesuatu topik secara professional adalah antara contoh respect yang digariskan oleh sesetengah wanita. Tapi, apa yang jadi apabila lelaki itu mencuba untuk mengikut kehendak atau garis panduan wanita? Adakah dia akan dapat peluang untuk mendekati wanita itu?

4. Wanita mengharapkan fairy tales seperti cerita-cerita romantik dongeng?
Pengaruh televisyen, atau pengaruh rakan sebaya yang fiksyen. Secara lumrahnya semua orang tak kira lelaki atau wanita memang mudah dipengaruhi dengan cerita-cerita sebegini. Mereka cuba menyamakan sesuatu perhubungan itu dengan satu contoh ideal sehingga ke tahap membandingkan cara orang lain meng'ayat' kawan wanita mereka yang lain. But they some times forget, God made everyone different. Cakap banyak nanti dikata gatal, tak cakap banyak pula dikata sombong, terlalu formal nanti dikata bosan, terlalu kasual pula dikata 'bersepah'. Susah..

5. They just simply don't know what they want.
Hahaa ini mungkin menimbulkan ketidakpuasan hati kepada kaum wanita. Tapi baca dulu penjelasan saya. Perasaan adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan serta subjektif. Saya sendiri tidak pasti apa yang saya mahukan daripada seseorang wanita. Ingat, saya bukan cakap saya 'tak tahu', tapi 'tak pasti'. Seperti contoh bila saya mengimpikan seorang wanita yang mempunyai kriteria-kriteria tertentu, mungkin citarasa melalui komposisi fizikal agak jelas (tinggi, cantik, rambut pendek, bibir tebal - hanya contoh, bukan kriteria saya) tapi belum tentu ada chemistry di antara kami lebih-lebih lagi saya memang tak pandai sangat subjek kimia masa kat sekolah dulu. Ye tuan-tuan dan puan-puan, chemistry. Boleh dibentuk? Mungkin boleh, tapi tak pasti bagaimana. Feeling and relationship is not really science, it's an ART.


Kesimpulan saya, semua orang mengharapkan perkara yang indah-indah, dari sekecil perasaan membeli-belah tatkala musim diskaun seluruh negara (ye saya pun suka membeli-belah jadi saya tahu) sehinggalah kepada kisah cinta agung mereka (yang ini masih mengharap). Apa yang boleh saya katakan, apabila kita sedar yang kita diminati atau cuba didekati, mesti ada sikap toleransi apabila berhubungan, memberi peluang kepada orang yang menunjukkan minat kepada kita, bersikap positif serta tidak terlalu demanding. Everyone deserve, at least one fair chance to show/prove/impress another person.


Ini merupakan kali pertama saya menulis lebih dalam Bahasa Melayu. Segala kesalahan tatabahasa amatlah dikesali.

Jangan bermain batu-gunting-kertas sehingga memudaratkan perhubungan.


Dem yuh!

3 comments:

v for vinson said...

aku memang steuju dengan komen-komen yang dibuat oleh saudara.

clarita said...

en. fadly..saya berasa begitu terpanggil dan teruja untuk memberi komen berkenaan isu di atas..pada hemat saya,cik Y mungkin merasakan beliau tidak sepatutnya menerima layanan sebegitu dari seorang insan yg bernama lelaki dalam masa beberapa minit selepas berkenalan.Berkemungkinan juga,dia tidak begitu 'arif' tentang dunia lelaki atau dalam erti kata lain 'naif'.=) Memang lumrah seorang wanita suka dirinya diberi perhatian dan dibelai tetapi saya percaya bukan 'perhatian' seperti itu yg diharapkan oleh cik Y. Saya ambil semula kata-kata sahabat anda, "A stranger is just another friend." yg menimbulkan persoalan kpd saya. Perlukah seorang kawan bertindak seperti kelakuan A kepada seorang kenalan yg baru sahaja dikenali?Jika benar anda sukakan dirinya sekalipun, tidak perlulah bertindak sedemikian. Fikirkan jalan yg terbaik utk memenangi hatinya. Tidak semua wanita merasakan dirinya cantik. Secara jujur,saya sendiri tidak pernah sedetik pun merasakan yang diri saya ini cantik. Mungkin kerana rasa rendah diri yg begitu menebal. Satu perkara yg ingin saya sentuh di sini, mengapa perlu dipertikaikan seorang wanita yg cuba menjaga nama atau maruahnya?Adakah tindakan mengendahkan A,dianggap sesuatu yg agak 'kejam' atau 'double standard'?=) walaubagaimanapun, saya tidak menyangkal ada kemungkinan yg Y baru sahaja mengalami kekecewaan dlm percintaan dan cuba utk lebih berhati-hati dgn lelaki.

p/s : pnat neh nk mengarang ayat in BM..hahaha..sorry u..its jz my point of view.=p

Budak Nakal said...

Yo V u sound funny talking in malay. Hahaaa.. I'm just saying what I think.

To clarita: This post has nothing but just to share some thoughts from a different perspective (maybe). The event was true, but what I thought about the issue is my own opinion and it does not reflect other people. Nonetheless, thanks for your comment and please, keep reading my blog. Who knows I might actually say something that makes sense, or not stupid :)

 
web count
web count