Monday, December 22, 2008

Poetry: Adakah Nyawa

Nyawa mungkin tak bernilai. Irama mungkin tak sedap. Purnama mungkin tak mengambang. Pena mungkin tak berdakwat. Keringat mungkin tak berbayar. Darah mungkin tak mengalir. Airmata mungkin tak bermakna. Tapi yang nyata kita semua adalah hamba, menagih ilmu buat bekal bertemu Tuhannya.


Adakah nyawa untuk jasadku?
Menyatukan darah dan degup jantungku

Adakah irama untuk laguku?
Mengikat kencang lembut dan tariku

Adakah purnama untuk malamku?
Merangkul langit dan bumi pijakku

Adakah pena untuk kertasku?
Buat puisi dan kalam jiwaku

Adakah keringat untuk keluargaku?
Membanting tulang demi kasih dan restu

Adakah darah untuk bangsaku?
Merobek musuh demi yang buta, lemah, bacul dan kelu

Adakah airmata untuk tanahairku?
Setelah jatuh, lalu bangkit semula deras dan laju

Adakah semua untuk Tuhanku?
Yang tiada berhenti membantu, tanpa sedar atau tahu.

3 comments:

silent princess said...

wow...! so deep..!

Budak Nakal said...

hahaa.. well it's actually something we need to ask ourselves. the reason for this life we're living now.

`BaHa` said...

superb dude!

 
web count
web count