Thursday, July 16, 2009

Kisah Cinta Dua Dunia.

Semalam sekali lagi gua lambat keluar lunch. Lapar tapi rasa macam malas nak makan. Sekarang selera gua dah makin susut. Gua dah tak breakfast, lepas tu lunch lewat petang, dinner pula kadang-kadang saja. Kalau lapar pun gua biarkan kelaparan gua mengunyah sedih dalam hati. Berkesan. Serius, kalau lu orang ada yang tengah sedih atau rasa 'kosong' dalam jiwa, jangan makan atau sebaik-baiknya berpuasa. Boleh juga biasa-biasakan diri bulan Ramadhan dah dekat. Kebaikan 'kurang makan' ni hati jadi lagi tenang, save duit sikit (ini tipu, lepas tu gua belanja buat benda haram lain), dan yang cun juga, boleh susut badan sikit. Tapi part yang last tu gua masih gagal. Berat masih 71kg. Berat telor kot.

Oke sambung cerita asal.

Kerja gua sangatlah banyak sampai gua tak tahu mana nak start. So gua buat kerja PFI gua separuh jalan, lepas tu gua mengantuk. Lapar tapi mengantuk. Macam tak synchro. Gua masih berdegil tak mahu makan, boleh tahan lagi sejam dua ni.

Tiba-tiba gua teringat nak dengar lagu Isabella olahan segar Joe Flizzow. Lagu yang sungguh legend ini asalnya dinyanyikan oleh tak lain tak bukan kumpulan rock lagenda, Search. Siapa tak kenal band ni sila mengaku sekarang juga pada gua biar gua luku belakang tengkuk dia kasi darah lancar sikit naik ke otak. Arwah atuk gua pun tahu lagu ni. Al-Fatihah kepada roh atuk gua.

Gua pun cari file dalam PC gua, lepas tu gua layan...

Ish, kena cari lirik ni!

Gua pun cari lah guna Google. Jumpa. Cun melecun.

Sambil dengar lagu kali kedua sambil tu nyanyi sambil baca lirik sambil rapping gaya Joe Flizzow sambil cuba buat gaya Jay-Z sorang-sorang depan PC ni dah macam haram. Nak hilang mengantuk punya pasal. Celaka betul.

Lirik lagu tu agak straight-forward, gua suka juga lah. Terbayang-bayang pula macam gua tengah bercinta dengan awek Indonesia nama Isabella yang gua jumpa masa naik flight AirAsia nak pergi Jakarta (boleh beli tiket kapal terbang pergi Jakarta kat SINI!). Pehh, mesti lah awek tu cun kan? Gua memang suka gadis Indonesia. Dapat yang macam muka Asmirandah pun dah oke. Melayang beb.

I have nothing else to say about this lady but: Woot woot!

Tapi tengah gua khayal-khayal sikit tu (ini pasal lah dah jadi tak betul bila musik dah mula mengkhayalkan/melalaikan manusia jahil macam gua) tiba-tiba otak gua tersampuk satu cerita cinta agung yang gua dah tengok filem dia berulang-ulang kali.

William Shakespeare's ROMEO & JULIET.

Filem arahan Baz Luhrmann ni memang epik kepada gua. Terlalu indah. Gua sayang cerita ni. Serius. Emosi gua memang boleh jadi tak menentu tiap-tiap kali gua layan filem ni. Sekejap gua senyum, sekejap gua sedih, sekejap gua kagum, sekejap gua nak pergi toilet kencing. Macam-macam lah. Tak payah gua nak cerita banyak, macam Nabil Raja Lawak cakap (tapi gua edit sikit), "Lu tengoklah sendiri!"

Lantas otak gua kencang berfungsi, seolah-olah memanggil gua untuk membuat sesuatu.

Sesuatu.

Sesuatu..

Sesuatu...

Ching! *bunyi macam tiba-tiba dapat idea keluar macam bintang-bintang dengan bunga api*

Yes!

Gua nak tulis sebuah puisi Romeo & Juliet versi BudakNakal.

Gua pun mula menulis. Lebih kurang dua jam juga gua merapu dan merapu dan merepek, konon-konon macam Shakespeare sedang menghasilkan karya agung. Konon.

Siap.

Habis dua jam gua rasa.

Gua akan postkan hasil tulisan gua yang penuh cacat cela ini. Bacalah, mungkin akan memberi sedikit makna cinta dalam hidup kita.

One more thing, this poem is rather long. I mean, the longest I've ever written. In two hours. Give me 5 hours and I could write a whole book ha ha ha. Anyway, ENJOI.


Kisah Cinta Dua Dunia.

Ku mencintainya seperti diriku Romeo Montague dan dia Juliet Capulet ku.

Kisah dua jiwa yang dipisah tapi tidak mungkin terpisah,
Asahkan pedangmu Tybalt aku tahu engkau memang gagah,

Angkat pedangmu tikam aku cantas aku namun cintaku takkan goyah!

Kerah segala askar-askar Capulet mu aku tidak kisah,

Hanya Juliet tempat segala lurah hidup ku serah.


Kau benci perdamaian seperti kau benci seluruh Montague dan juga diriku,

Peperangan dua keluarga ini hanya membuat musnah segala jadi hancur,

Tak guna berperang Tybalt menang jadi arang, kalah jadi abu,

Ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut nafsu lesu,

Berat hatiku luluh jantungku, oh Juliet kenapa semua ini perlu?


Percintaan yang penuh benci, kebencian yang penuh cinta,

Katakan padaku Benvolio mengapa waktu dukaku sungguh lama?

Tanpa cinta segalanya bagai tidak berpenghujung,

Bila bercinta segalanya bagai sudah di penghujung,

Ada dan tiada dalam diri ku tetap usung cinta hatiku penuh murung.


Aku cintakan kau Juliet, bagai panah yang ditusuk,

Oleh si Cupid bersayap yang terbang dengan busur tersedia,

Darahmu nafasmu degup jantungmu dalam diriku bagai disusuk,

Biar masa semakin suntuk hatiku padamu semakin istimewa.


Adakah cinta itu sungguh indah, lembut dan halus?

Atau tajam dan kasar seperti duri pada bunga ros?

Jika cinta berkasar, berkasarlah kau dengan cinta,

Tikam cinta dengan cinta, biar cinta tewas pada cinta.


Tolonglah aku Mercutio berikan aku semangatmu,

Aku lemah bila cinta memanggilku,

Bawalah ku menari biarku cari sang cintaku Juliet,

Biarkan dia dalam pelukanku biar ku bawa dia terbang,

Biar segalanya hilang biar aku dan dia hilang.


Oh Romeo dimanakah geranganmu wahai Romeo,

Biar ku sentuh tanganmu dan genggam jemarimu,

Mengapa kau ditakdir jadi musuh keluargaku,

Cintaku hadir dari kebencianku,

Katakanlah kau bukan seorang Montague, nafikanlah yang kau seorang Montague,

Atau aku bersumpah, aku tidak akan lagi menjadi Capulet!


Ada apa dengan Montague?

Bukan tangan, bukan muka, bukan tangan, bukan kaki,

Atau mana sahaja anggota badan milik seorang lelaki,

Jadilah nama yang lain wahai Romeo,

Seperti memanggil sekuntum bunga ros dengan nama baru,

Tapi baunya masih seharum yang selalu,

Adakah kau bukan Romeo dan seorang Montague?


Oh Juliet aku tidak hiraukan namaku jika keduanya tidak kau setuju,

Yang ku mahu hanya dirimu, dan yang kau mahu hanya diriku,

Aku bersumpah dengan bulan purnama dan cahaya yang bersinar,

Jujur hatiku padamu mengangkat kau jadi permaisuriku.


Oh Romeo jangan kau bersumpah pada bulan purnama,

Seperti mana bulan berubah setiap masa dan warna,

Adakah cintamu padaku akan begitu juga?

Jangan bersumpah kepada sesiapa atau apa-apa,

Walaupun hatiku sungguh gembira, sabarlah wahai Romeo,

Telah ku ikrarkan padamu tiga perkataan, dan selamat malam,

Ku menantimu esok hari dengan berita gembira.


Juliet katakan tidak pada cinta si Paris,

Jangan biar sumpah yang digaris diguris,

Jangan hancurkan hatiku dan biarkan aku kesedihan,

Kerana berpisah bagaikan kesedihan yang indah,

Maka malam ini kulalui hingga esok yang pasti indah.


Wahai Lawrence kaulah tempat aku mengadu,
Satukanlah aku dan Juliet dan katakanlah padaku,

Kerna segala yang ku mahu tidak lain dan hanya satu,

Untuk Juliet aku serahkan hidupku dan matiku,

Lawrence, malam ini kau tunaikan janjimu.


Oh Tybalt, oh Mercutio

Tak sudahkah kau berdua berdendam berkesumat?

Bergaul dan lupakan segala benci yang tersemat,

Berpatah balik dari segala yang sudah tidak perlu,

Aku dan Juliet sudah berikrar menjadi satu.


Oh Romeo, aku Mercutio tak mungkin Tybalt mampu melukaiku,
Tapi ku tahu nyawaku sudah di penghujung dunia,

Esok kau akan menjumpai aku sebagai ahli kuburan,

Dan celaka akan menimpa kedua keluargamu.

Montague dan Capulet, celaka kepada kedua keluargamu!


Kenapa perlu kau bunuh Mercutio wahai Prince of Cat?

Kau tahu saudaraku itu tidak punya apa niat,

Hanya menegakkan yang tak pernah kita lihat,

Demi Mercutio akan ku tuntut darahnya dengan darahmu,

Pedangku lama ku simpan sekarang kau rasakan!


Oh Romeo, kenapa perlu tumpah darah dan airmata?

Baru sehari aku menjadi permaisuri dan kau menjadi raja,

Sekarang kau harus tinggalkan aku bertemankan airmata, duka?

Lawrence, berikan aku racun agar ku tinggalkan dunia.

Hidup ini tiada makna bila rajaku Romeo oh Romeo bakal tiada,

Romeo, biar ku telan dunia ini dan segala isinya.


Balthasar! Gerangan apakah berita buruk yang kau sampaikan,

Sepanjang kepergianku yang hanya ku mimpi hanya Juliet,

Dan kini permaisuri, kau telah pergi dari dunia fana,

Hidupku tiada erti lagi, aku akan bersemadi dengan Juliet,

Malam ini, biar segala menjadi abadi.


Crusty berikanku akar kepada segala kemusnahan jiwa,

Kerna aku sudah tiada jiwa, hatiku sudah tiada,

Ambil emas ini gantikan padaku racun itu,

Supaya aku hentikan jantungku dan bersama Juliet, aku bertemu.


Oh cintaku, oh permaisuriku, kematian telah menyedut kemaduan nafasmu,
Namun tiada kuasa yang dapat mengambil kecantikanmu itu,

Bibirmu dan pipimu dan segala di antaranya tidak terusik oleh kematian,

Di sini, kau dan aku akan melabuhkan cinta agung yang terlarang,

Mataku, tanganku, dan bibirku mengetuk pintumu, dan ku kunci dengan ciuman terakhir yang pertama,

Selamat datang, kematian yang asyik,

Dengan ciuman ini, tinggallah dunia.


Lihatlah kebencian yang kau undang dalam dunia,

Biar semua dihukum, biar semua dihukum!

Pagi yang tenang, matahari pun tidak mampu menyembunyikan kemurungan,

Kepada yang terlepas dan yang dihukum,

Tiada kisah cinta agung yang lebih sayu,

Melainkan kisah si Juliet dan si Romeo...


*******


Kalau lu orang baca mesti rasa macam bodoh betul tulisan gua ni, kan? Tapi gua saja yang faham apa yang gua tulis. That's the most fascinating thing in life:

Only we alone, besides GOD ALMIGHTY, who knows what's in our own individual mind.


Dem yuh!

2 comments:

bgu2941 said...

nice poem.. keep it up boy..

Budak Nakal said...

Thanks, guy or girl, whoever you are. Keep reading if you don't mind being part of The League of The Twisted Crack Brains.

 
web count
web count