Tuesday, June 23, 2009

Kisah selipar di zaman silam.

*******
1995.


Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah diumumkan.

Gua tak goyang sikit pun, gua konfiden mesti dapat 4A punya lah. Mana tidak, daripada darjah satu sampai darjah enam gua mesti top 10 sekolah. Dalam kelas komfem lah gua top 3 setiap tahun. Tiap-tiap hujung tahun mesti naik pentas dapat hadiah kecemerlangan.

Tapi yang gua agak teruja dengan UPSR ni sebab ada gua dengar desas-desus cakap gua mungkin nasib baik saja, sebab gua sekolah kat kampung. Soalan ujian ke periksa akhir tahun mesti kacang saja sebab standard kampung. Suara-suara sumbang ni cakap kalau gua betul-betul terer gua kena dapat 4A dalam UPSR, dan kalau LAGI terer gua kena dapat offer masuk asrama. Diaorang bandingkan gua dengan abang gua yang dapat masuk SPB, Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Pakcik gua dua orang dapat masuk Malay College Kuala Kangsar, bapak gua pun dapat tawaran tapi itu time dia sakit jadi terpaksa let go. Anak pakcik gua pun dapat masuk MCKK juga. Kabel lah tu...

Oke ini memang cabaran lah, gua memang pantang dicabar.

Seperti yang gua bajet, gua dapat 4A. Gua balik rumah gembira, gembira sebab gua buktikan kat mak bapak gua, gua memang eksellen. Ha ha ha muda-muda dah bongkak.

Pendekkan cerita, semua orang happy, gua lagi happy dapat bertimbun-timbun hadiah dan duit poket, semua orang puji gua memang pandai hampir-hampir nak jadi genius, dan gua buktikan gua dapat masuk sekolah berasrama penuh a.k.a SBP. Hah!

Dapat surat tawaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Woot woot!

Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor???!!! Sekolah apa tu? Tak pernah gua dengar. Sekolah baru???!!! Kenapa bukan MCKK??!!

Gua dapat tau daripada Kementerian masa tu (bapak gua yang tanyakan) gua sebenarnya layak masuk MCKK, tapi diaorang ada kuota nak kena bagi dekat anak-anak VIP dan royalty. Hah! Terus gua hilang mood, apa barang masuk asrama pakai kabel. Tak gentle.

*******
8 September 1996.

Gua jejak kaki kat SMSKS. Ya Rabbi tempat macam gurun Sahara. Padang jarak padang tekukur.
Kecewa tu memang lah agak kecewa tapi gua tak heran sangat lah, gua ni adaptable, mana tempat lu campak gua pun gua belasah saja.

Entah mana lah gua kena campak ni

First Batch 1996.
Siapalah bengap sangat ni ambil gambar senget. Juling ke apa?!


*******
2009.

KUSESS (selepas rebranding)

Gua teringat zaman gua dekat KUSESS. Sekolah ni suatu masa dahulu memang ada satu penyakit. Sangat teruk, sangat membimbangkan. Tak tau lah sekarang ada lagi ke tak penyakit ni.

Penyakit hilang selipar.

Gua nak terangkan sikit senario ni, biar lu orang faham.

Ada lebih kurang 400 orang student lelaki dan 400 student perempuan, boleh dikatakan semua orang ada selipar masing-masing. Tapi hari-hari ada saja selipar hilang. Kita fahamlah, mungkin kadang-kadang tu ada selipar yang putus, selipar tenggelam dalam jamban penuh tahi sampai tak lalu nak seluk dalam lubang jamban tu atau selipar sama model dengan selipar orang lain lepas tu accidentally tertukar (selipar jepun umumnya).

Bila seorang dah hilang sebelah selipar atau sepasang, dia desperet lalu dia kebas orang lain punya selipar. Orang yang baru kena kebas tu pula kebas orang lain punya, dan seterusnya. Memang orang kata bertimpa-timpa. Macam rantaian makanan pula.

Janganlah lu biarkan benda ni duduk sorang-sorang, memang nahas

Dah macam-macam cara nak cuba ubat masalah ni, termasuklah sembahyang hajat, qiyamullail beramai-ramai, wujudkan rukun tetangga khas menangani masalah kehilangan selipar dan macam-macam lagi cara tersendiri mengikut kesedapan tekak individu.

Jawatankuasa Rukun Tetangga: Rakan Pencegah Kehilangan Selipar

Ini pilihan individu yang bengap; mangga tu lagi mahal dari selipar

Rangkaian kehilangan: Asrama - Surau. Itu saja. Tak ada tempat lain lagi.

Gua jumpa gambar asrama saja, gambar surau tak ada orang nak ambil. Cis!

Asrama puteri. Saja letak, port baeekk nak skodeng. Jahanam budak-budak ni

Masalah ini semakin pelik dan menular sebab:

1- Semakin banyak selipar yang hilang. Takkanlah hari-hari ada orang masuk lubang jamban?
2- Dah jadi macam trend pula hilang selipar.
3- Selipar cikgu/warden/pengetua pun boleh kena kebas di surau. Orang pergi surau buat ibadat kau jadi penyangak.
3- Mula melarat kepada benda lain; kolget, sabun mandi buku (wei geli betul kongsi sabun!), seluar track suit dan sebagainya. Spenda pun ada kes-kes terpencil tapi tak heboh sangat, nanti jatuh air muka.

Some things might be stolen, as we speak

Gua rasa rata-rata warga KUSESS memang pernah hilang selipar. Gua pun pernah. Sampai selipar Nike gua beli RM69 yang ada satu dalam sekolah pun boleh kena sapu. Lahanat betul.

Kali terakhir gua letak selipar gua macam ni lah. Memang macam ni (Gambar hiasan)

Penyakit ni menjadi lebih-lebih menyakitkan hati bila dah banyak sangat orang tak ada selipar lepas tu "pinjam" selipar member bilik atau bilik sebelah atau mana-mana yang dia sempat. Benda berpusing-pusing. Sekejap selipar gua ada kat depan bilik, tau-tau dah hilang sampai seminggu lepas tu gua nampak depan bilik Bala pula. Lepas tu hilang balik. Memang pelik.

Lu orang bayangkan, kita bukan cerita satu Kuala Lumpur ke satu daerah Kuala Selangor punya kes kehilangan selipar. Ini dalam sekolah saja. Epidemik gua saspek.

Nampak tak ada selipar tak cukup? Gua dah cakap penyakit ni kronik betul

Ada satu kali ni kes besar terjadi. Ustaz Amri punya selipar hilang di surau lepas sembahyang Maghrib. Ustaz Amri ni warden yang garang, tapi best serta disayangi semua student. Walaupun dia mengajar Pendidikan Agama Islam, dia agak rock dan sempoi.

Nak dijadikan cerita, lepas Maghrib, budak semua balik asrama. Tiba-tiba macam ada bunyi orang tempik kuat gila,"Siapa curi selipar saya?!!" gua dan budak-budak lain lantas terjun dari katil ke luar dorm. Uish Ustaz Amri mengamuk.

Ustaz Amri mengamuk sebab dah banyak kali sangat selipar dia dan warden-warden lain kena kebas. Kalau warden lain tu gua tau lah sebab apa hilang. Budak tak suka warden tu pernah lempang dia ke, atau denda dia jalan itik keliling surau 7 kali ke sambil awek-awek lalu balik sekolah nampak gelak-gelak sebab lu kena jalan itik pakai kain pelikat. Ha ha ha gua pun pernah kena denda-denda macam ni, memang rasa macam hilang macho terus. Rasa macam nak buat-buat pengsan biar warden cuak lepas tu gua dapat surat cuti balik rumah seminggu sampai orang lupa insiden tu. Baru padan muka warden tu. Tapi kalau gua buat-buat pengsan lagilah malu, hilanglah kejantanan gua, betul tak?

Amukan Ustaz Amri gagal menemukan beliau dengan selipar kesayangan yang dihadiahkan isteri beliau. Kesian. Tapi nak buat macam mana, memang dah jadi penyakit pandemik pula sekarang. Cuma vaksin Ustaz Amri mula memberi kesan kepada pembawa-pembawa penyakit ni. Semua sudah cuak, lepas tu dah tak berani nak kebas selipar orang lain secara terang-terangan.

Dah bebas penyakit. Vaksin berkesan!

Makin lama dah susah nak dengar kes hilang selipar, kalau ada kes-kes agak besar pun macam kes senior taiko hilang selipar dia baru lah kecoh kejap sebab taiko senior mengamuk suruh junior cari sampai dapat. Kalau tak dapat kena belanja aiskrim seminggu.



Dem yuh!

3 comments:

Nikeda said...

ahahaha...aku nyer baju dalam pun penah kene curik masa sidai kat ampaian dpn dorm. teringat citer2 lama walopun aku sekolah kat situ smpi awal form 4 jer... mmg kusess awal2 dulu padang jarak. na guna tepon awam pun kene gi keluar sbb tepon tak pasang lagi lam sekolah.

Budak Nakal said...

At least we should be proud, we were the ones that made things happened. Rather than to be the ones that wait till things happened, or worse didn't even know what happened.

And, somehow I can't feed your blog to mine, something wrong with the RSS Feed from your link (meaning I won't receive any updates whenever you post new entries). You might wanna have a look on that.

On the other note, bila mau chilling? Let's meet up wahai old classmate. It's been a while. Ajak your fiance sekali. Or you are married already?

Nikeda said...

yup.. n we knew everything and everyone.. tho i don't really hv a sense of belonging there... neway, u just name the time n place, will be there insyaAllah...
dua2 belum.. masih berpacaran... hahaha cam tulis novel lak..

 
web count
web count