Hari ini gua rasa macam nak bercerita. Atau sekurang-kurangnya gua nak buat cerita. Tengoklah mood gua. Kalau tengok mood memang tak nampaklah, mood gua ini pemalu sikit dia jarang nak menjelmakan dirinya. Macam tuannya juga. Anyway gua memang suka buat lawak bodoh serta lame, ini blog gua suka hati gua nak tulis apa. Lu tak puas hati lu tulis la blog lu sendiri.
Oke jadi apakah topik yang gua nak bercerita hari ini. Hari ini 1 Jun 2009. Apa yang best sangat bulan Jun ini? Best sebab besday ibunda gua bulan Jun. Lain? Dah hampir setengah tahun berlalu. Apa yang gua dah buat? Gua nak checklist hidup gua sekejap. Mungkin lu orang pun patut buat benda yang sama. Mana tahu dah terlalai ke terlajak ke apa ke kan.
Lebih kurang 150 hari tahun ini sudah berlalu, gua sedar:
1. Berat badan gua bertambah 1 kilogram berbanding bulan Januari 2009. Banyak tu. Kalau setiap 5 bulan berat gua bertambah sekilo, mungkin berat gua jadi 200 paun dalam masa 30 tahun akan datang. Masa tu gua boleh la berlakon jadi hero filem Starlesterol Wars Episode 12. Watak gua nama Obi-Wa Gemokni.
Oke jadi apakah topik yang gua nak bercerita hari ini. Hari ini 1 Jun 2009. Apa yang best sangat bulan Jun ini? Best sebab besday ibunda gua bulan Jun. Lain? Dah hampir setengah tahun berlalu. Apa yang gua dah buat? Gua nak checklist hidup gua sekejap. Mungkin lu orang pun patut buat benda yang sama. Mana tahu dah terlalai ke terlajak ke apa ke kan.
Lebih kurang 150 hari tahun ini sudah berlalu, gua sedar:
1. Berat badan gua bertambah 1 kilogram berbanding bulan Januari 2009. Banyak tu. Kalau setiap 5 bulan berat gua bertambah sekilo, mungkin berat gua jadi 200 paun dalam masa 30 tahun akan datang. Masa tu gua boleh la berlakon jadi hero filem Starlesterol Wars Episode 12. Watak gua nama Obi-Wa Gemokni.
2. Kaki kiri gua pendek 1 sentimeter sejak bulan September 2006. Gua mula-mula agak lega juga ingatkan boleh dapat kad pengenalan khas O.K.U banyak kelebihannya. Tapi lawyer gua baru-baru ni cakap kalau mahkamah nak declare kaki gua cacat kena pendek 1 inci bersamaan 2.54 sentimeter. Ada balance 1.54 sentimeter lagi kena pendekkan. Gua fikir-fikir balik, takpelah. Sakit woo kaki pendek. Tapi ada orang cakap gua sesuai catwalk. Akan dipertimbangkan.
3. Gua dah berumur. Bak kata Adik Pijat, umur semakin tambah, rambut semakin kurang. Takpelah gua syukur saja. Tuhan itu Maha Adil. Kalau nak muka hemsem (Aydan yang ajar eja macam ni, jangan salahkan gua), rambut lurus macam iklan syampu Sunsilk tapi otak macam burung unta, takpelah gua tak heran. Perempuan sekarang mintak yang bukan-bukan. Nak yang kaya, nak itu nak ini. Six-pack? Shape? I am in shape. Round is a shape.
4. Buku akaun bank gua masih single digit. Kalau nombor plat kereta single digit boleh juga gua jual kat ahli politik puluh-puluhan ribu. Mana lah pergi semua harta gua. Time-time macam ni lah 'kawan-kawan' semua hilang. Hampir semua. Yang tinggal hanyalah sahabat-sahabat. Tapi tak mengapa itu semua dunia. Tapi yang best dalam facebook beratus pulak kawan gua. Ntah siapa-siapa lah. Ada yang gua nampak sampai beribu-ribu. Lepas tu boleh main jual-beli pulak. Kalau gua kena jual macam dalam cerita 3 Abdul, agak-agak berapa harga gua. AMPAT RIBU PAUN?! WOW, ANA KAYA!
5. Gua tak ada fahaman politik. Bagi gua politik kat Malaysia memang macam Zionis. Kata je demi rakyat lah apa lah lu kasi isi perut lu sampai jadi Firaun lagi bagus. Zaman dahulu Firaun ada seorang je, tapi sekarang ni bersepah yang berlumba-lumba nak jadi Firaun. Lahanat-lahanat ini tak dapat jadi Firaun dapat jadi tukang pegang payung Firaun kat akhirat pun jadi lah gua rasa. Tapi gua rasa macam nak jadi ahli politik. Ramai sangat orang nak jadi ahli politik, gua pun macam teruja juga. Boleh dapat datuk-ship sebelum berat gua jadi 200 paun.
6. Pasukan kegemaran gua Red Devils masih gagah dengan beberapa trofi kebangsaan dan juga antarabangsa. Walaupun tewas kepada Barcelona (gua respect sama ini team sebab diaorang memang bagus) minggu lepas, kekalahan yang memedihkan itu JAUH lebih mulia daripada pasukan-pasukan bongkak lain yang terpaksa tengok game itu kat televisyen. Cerita poyo bagai, sudahlah. Tak perlu gua nak sebut nama-nama pasukan itu, buat rosak blog gua je. Gua masih tak faham kenapa penyakit ABU (Anything But United) boleh wujud. Lu sama lu, gua sama gua, lu jangan berbulu sama gua.
7. Sahabat-sahabat rapat gua ramai yang sudah settled down. Ramai kalau gua nak mention kat sini. Banyak gila kad jemputan yang gua tak sempat nak pergi sapa lagi gua pun dah tak boleh nak recall. Minta maaf kepada yang gua tak dapat hadir tu. Dan semakin ramai juga yang bakal berumah serta melepaskan batuk di tangga; Ami & Yaya, Bala & Fara, Aryll & Nurul, Amat & Yash, dan ramai lagi takkan habis gua nak tulis. Siapa taknak kahwin doh. Package dengan nikah sekali lah. Bila pulak lah masa gua nak sampai nanti. Nak tunggu ke, nak mencari ke, nak macam mana eh? Banyak sangat nasihat percuma yang gua dapat sampai gua pun tak tahu nak ikut yang mana satu. Gua kalau dah sampai masa, kahwin kat Narathiwat pun gua takde hal. Jodoh, betul tak? Ke ada siapa-siapa nak melawan Qada' & Qadar? Nak kena sambar petir?
Tamatlah sebuah cerita separa dongeng.
Dem yuh!
No comments:
Post a Comment