Tiap-tiap pagi gua akan bangun tidur jam berapa agak susah gua nak cakap, tak tentu sangat timing otak gua ni. Kena time sihat tu bangun agak awal, kalau tengah macam-macam masalah tu terlajak, masuk ofis dah macam ofis tu bapak gua punya. Sori bos.
Bila gua bangun, gua akan golek-golek dulu, minum air kosong 500ml (bagus untuk diet), main gitar sikit (kasi naik mood) baru lah gua pergi main air dalam jamban.
Tak payah cerita detail sangat aktiviti gua dalam jamban tu, karang luorang tak keruan pula horny nanti.
Lepas siap-siap, gua pun ambil helmet, kunci motor dan turun lif. Start motor, panaskan enjin ala kadar. Naik motor pergi kerja memang mudah, sebab:
1. Boleh cilok sana sini time pagi jalan sibuk (takda la pagi sangat pun)
2. Duit petrol RM8 full tank boleh tahan seminggu atau lebih kalau gua kayuh motor tu pakai kaki sekali sekala
3. Tak payah bayar parking DBKL
4. Nak pergi beli nasi campur atau pergi bank ke boleh zass terus
Tapi susah juga kadang-kadang tu naik motor, lu orang tau saja lah:
1. Masuk ofis saja semua orang ingat ofis terbakar, padahal bau asap kereta bas apa lagi semua ada kat luar tu
2. Muka gua ni dulu daripada licin macam muka Aydan sekarang tiap dua minggu kena beli sabun cuci muka pasal dah macam-macam penyakit atas muka
3. Sekarang ni lu orang tau saja lah, cuaca memang challenging. Kalau panas gua boleh tahan lagi, ini kalau hujan macam cats and dogs omputih kata memang jahanam gua
4. Memang betul bawa motor lagi senang eksiden
5. Orang pandang serong kat gua diaorang ingat gua ni mat rempit macam yang diaorang baca dalam suratkhabar tak bertamadun Harian Metro
Oke pagi gua pergi kerja, gua akan singgah di Restoran OK. Restoran ni restoran cina, jual b-a-b-i bagai. Tapi gua tak makan b-a-b-i, busuk. Gua akan singgah beli buah kat kedai Ah So (gua tak tahu nama makcik cina ni, jadi gua panggil dia Ah So saja) sebelum gua masuk ofis.
Gua akan beli tiga jenis buah. Sebelum ni (beberapa bulan lepas) gua beli buah jambu, buah betik dan mangga. Semua RM1 sebungkus. Tapi gua tengok-tengok balik mangga tu agak sikit saja kuantiti dia lepas tu rasa pun tak berapa nak kick. Gua decide tukar mangga kepada nenas lepas tu.
Ah So dah kenal gua sangat. Dia nampak je gua sampai naik Moskito cover set d'Azurri (adik gua Suraya memang takda taste langsung, apa ke benda buat kaler tu) pakai helmet Arai putih adik gua Boboy (yang sorang ni pulak nak gaya rempit aja) dia mesti senyum lepas tu,"Helo hemsem.. Mau buah?" Ah So tahu gua ada style gua sendiri bila gua beli buah kat dia; jambu, nenas dan betik dia akan potong kecik-kecik lepas tu campur satu plastik. Taruh serbuk asam. Memang cekap. Layan. Tak payah cakap, dia terus buat untuk gua. Lepas tu gua dah bayar RM3 dia mesti cakap,"Tengkiu aa leng chai.."
Bangga juga gua, macam kalau dah kahwin lu balik rumah bini lu dah bikin daging salai masak lemak cili api ke asam tumis ikan parang ke. Tak payah request atau order. Mesti heaven kan. Macam tu lah gua rasa bila Ah So dengan pantas bungkuskan untuk gua. Cuma dia tak cukup lawa lepas tu laki dia ada kat tepi tu tengah siang kulit buah dengan pisau besar. Kalau gua mengurat Ah So mau uncle tikam gua berkali-kali nanti. Tak nak la.
Tapi dua hari kebelakangan ni gua memang frust.
*******
Semalam Ah So sama uncle takda pula. Ada apprentice baru. Ah So juga. Dengan laki dia, campur dua orang lagi tolong. EMPAT ORANG! Nak buat apa ramai ramai ni, bukan nak buka wokshop kereta.
Gua agak cemas. Macam mana ni.. Takkan gua nak kena ulang balik gua punya order. Hari-hari datang tak payah cakap apa bawak tiga ringgit saja.
Gua kuatkan hati.
"Yes boss mau apa buah?" tanya Ah So baru.
"Errkk jambu, betik, nenas.." gua rasa janggal.
Lepas tu gua nampak dia tak buat benda yang normal Ah So lama buat. Adui!
"Ah So (baru) kasi potong semua, campur satu kali, letak asam."
"Ooh okay."
Lembab betul dia. Terkial-kial. Gua resah betul, serius. Takkan hari-hari nak kena lalu benda ni?
Dia hulur plastik buah, gua hulur RM1 tiga keping, gua chow.
Hari esok gua harap Ah So lama datang kerja balik. Gua kekok betul kalau Ah So baru buat kerja.
*******
Hari ni gua masih menaruh harapan Ah So lama akan kembali beraksi.
Dari jauh selekoh CIMB lepas traffic light balai polis tu gua jenguk-jenguk.
Argghh tidak! Ah So baru lagi.
Gua kuatkan hati juga.
"Yes boss.. Mau beli buah?"
"Saya mau jambu, nenas sama betik." Saja gua tak sebut kasi potong, campur satu plastik, taruh asam. Nak test dia sikit.
"Okay." Jawab dia konfiden.
Gua perhati saja Ah So baru ni buat kerja.
Alamak dia tak potong lagi! Ah So baru buat dek saja masukkan buah-buah tu dalam bungkusan lain-lain.
"Ah So, saya mau kasi potong semua, kasi letak satu plastik saja.." nada gua agak stress.
"Oh okay okay.." Sengih-sengih lagi.
Gua rasa macam nak sound aja "Ah So kasi potong cepat laa", "Ah So lu apa pegang pisau pun tak betul, kejap pegang pisau tangan kanan kejap tangan kiri", "Ah So apa pasal sampai tiga orang mau bikin satu orang punya kerja" dan banyak lagi dalam otak gua yang gua tahan saja.
"Mau letak asam tak boss?"
Adoi ini yang panas ni. "Kasi letak la.."
Ah So baru hulur plastik sambil sengih-sengih kat gua. Gua sambar, letak RM1 tiga helai atas meja, gua cabut. Semak.
*******
Ah So lama pergi honeymoon sama uncle ke? Atau pergi tanam buah musim baru? Atau diaorang dah franchise dekat Ah So baru? Atau dia dah dapat offer kerja CIMB kat belakang tu?
Gua rasa macam dah takda hati nak beli buah kat situ lagi. Ah So lama takkan buat macam ni. Buat kerja pun pantas.
Ah So baru buat kerja macam gugup. Macam ada sorok rahsia aja gua rasa. Dia dah kidnap Ah So lama dengan uncle lepas tu jual diaorang kat Siam ke? Atau dia cakap kat Ah So lama kalau meniaga kat pasar Semenyih lagi untung?
Gua serabut fikir benda ni. Tak boleh fokus kerja. Nak kunyah buah pun dah tak lalu, terkenang kat Ah So lama.
Minta-mintalah esok Ah So lama kembali. Kalau tak, gua sanggup pergi Semenyih beli buah dekat sana.

Sempat gua lukis gambar Ah So lama kejap tadi. Buat pengubat hati. Kalau dia ada esok gua hadiahkan kat dia. Mesti dia taknak meniaga kat Semenyih lagi lepas ni.
Dem yuh!
2 comments:
hope your ah so comes back soon :)
Ah So still not coming back. *Sob sob sob*
I guess I'll have to go on with my life.
*Cried, wiped tears, moved on*
Post a Comment